Friday, July 14, 2017

KALAU DAPAT AKU PUSINGKAN KEMBALI PUTARAN MASA ..

                               ( Gambar aku...)
Setiap malam aku akan pastikan  semua anak2 berada di rumah jika tidak aku akan tunggu dibawah tidak akan masuk tidur sblm mereka balik. Jam 19 malam aku sdh mula hubungi sesiapa yg tdk sampai rumah lagi.

Aku tiba2 teringat apakah arwah ayah aku dahulu tiap2 malam menantikan aku pulang.

 Apakah perasaannya bila tiap2 malam dan tiap2 minggu dan tiap2 bulan aku tidak kunjung tiba.

Mungkin ayah dahulu tidak pandai menunjukkan akan kasih sayang mereka namun aku pasti jelas mereka memendam perasaan mereka

Mereka tidak menghubungi kita sekerap kita sekarang berkumunikasi dengan anak2 krn ada whatsapp, telegram dll.

Mujurlah aku pasti akan balik dua  bulan setidak tisaknya dan dua bulan  paling lama sekali.Namun dua bulan itu masa yang begitu panjang bagi kita skrg dgn kemudahan yg kita dan anak anak ada.Masing punya kereta sendiri.

Tentu ayah selalu fikirkan ttg diri aku, tentu ayah mengigati aku selalu.Ayah mana tidak akan ingat anaknya. Cuma dia tidak berdaya saja.

Kalaulah dapat aku putarkan putatan masa itu kembali pasti aku akan selalu menziarahi mu.Namun semuanya tercatat sebagai satu penyesalan saja. Semoga sejahteralah selalu di sisi pencipta kita.Al Fatihah.

Thursday, July 6, 2017

Hamidah Dirasuk Setan Di Mesyuarat PPBM?!

Mesyuarat yang sedang di jalankan di satu kawasan di Taman Meru Ipoh Perak itu telah bertukar menjadi kecoh apabila Datuk hamidah masuk dan mempertikaikan kelayakan beberapa ketua Bahagian yang hadir mesyuarat pada malam itu.

Kisah PENUH > http://budaksrikinta.blogspot.my/2017/07/midah-serang-mesyuarat-ketua-ketua.html

Wednesday, May 31, 2017

50 Peratus Tapak Bazar Ramadan Akan Dibuka Secara Cabutan Undi

WISMA NEGERI, 31 MEI - Bermula tahun hadapan sebanyak 50 peratus pengagihan lot-lot tapak bazar Ramadan akan dibuka kepada awam secara cabutan undi, manakala 50 peratus lagi akan diberikan kepada pertubuhan-pertubuhan seperti koperasi dan persatuan penduduk.

Menteri Besar berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri, hari ini.

Kerjasama Proton-Geely: Rakyat Malaysia Jangan Terlampau Emosi - MB


SEREMBAN, 31 MEI - Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan meminta rakyat Malaysia supaya tidak terlampau emosi dan  bersikap sentimen dengan mengandaikan kereta nasional Proton akan mati kerana Proton Holding Bhd bukan lagi milik negara, sebaliknya milik syarikat swasta, DRB-Hicom.

Beliau mengulas demikian apabila terdapat banyak spekulasi negatif dan positif tentang tentang kerjasama kedua-dua syarikat automatif ini.

Thursday, May 18, 2017

Pensyarah UPSI dikritik Netizen gara - gara doa laknat

Dr. Rozaimi Ramle, Pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dikritik hebat oleh netizen kerana telah berdoa laknat kepada pihak tertentu.

 Isu ini timbul berikutan tindakan persatuan yang dipimpinnya, Persatuan Al-Qayyim (IQ) membuat iftar dengan meletakkan harga maksimum bernilai RM30,000 semeja.
 

blogger news

.

Blogroll

About

.