Tuesday, January 29, 2013

Aku dan kenangan........

Salam , agak lama juga aku tidak menulis di laman ini dan aku telah mengambil terlalu banyak masa untuk berpolitik di alam maya ini sedangkan jiwa ku sebenar bukan lah seperti mana yang dapat digambarkan oleh teman teman di laman www.tepakbersulam2.blogspot.com 

 Ini adalah yang sebenar ingin aku lakukan bersantai di alam maya bersama sama teman dan sahabat yang aku kenali di lama maya dan juga di alam realiti. Masa dan zaman terlalu cepat berlalu. 

Ada ketika hidup ini memerlukan tumpuan yang serious, Adakala juga kehidupan ini memerlukan teman teman bersantai untuk menghilangkan "stress"  serious melalui cabaran hidup namun serious adalah sesuatu yang pasti sama ada suka atau tidak kita terpaksa lalui. 

 Kita juga tidak boleh lari dalam warna warni kehidupan yang sentiasa mewarnai harian kita dengan berbagai bagai warna yang adakalanya warna kegemaran kita dan adakala nya warna yang tidak kita sukai.

 Pancaroba kehidupan adalah juga asam garam dan juga ulam bagi kita untuk dikunyah dan ditelan. Adakala memilukan adakala memedihkan adakala menyakitkan adakala merindukan. 

Adakala kita juga sentiasa melakarkan sejarah yang mana di akhir garisan kita akan membaca dan merenung kembali lakaran lakaran sejarah yang telah kita lakarkan penuh kesyahduan dan dan penuh dengan memori pahit dan manis yang mampu mebuat kita tersenyum dan menitiskan air mata. 

 InsyaAllah aku akan menyimpan blog ini yang dikenali oleh teman teman ku ini dan blog ini sememangnya menjadi blog yang punya  sentimental value bagi aku buat kawan kawan ku yang pernah aku kenali sebelum ini. Inilah aku sebenarnya.... 

Akan ku kutip sisa sisa kenangan yang masih ada dan yang masih boleh aku cari untuk ku isikan dalam blog ini.untuk kita tatap bersama disampaing akan ku tulis perkembangan diri untuk teman teman mengetahui akan khabar berita diri ku dan sesiapa saja yang aku ketemui. 

Kepada teman teman yang masih menyimpan gambar gambar lama hantar kan kepada ku di Zack1504@gmail.com untuk ku paparkan dan kita kongsikan bersama.
 

blogger news

.

Blogroll

About

.