Tuesday, November 3, 2015

Kes bunuh Tapah: Anak perempuan suspek bunuh 4 sekeluarga dibawa ke lokasi kejadian

IPOH: Seorang gadis dipercayai anak kepada suspek pembunuhan empat sekeluarga dibawa ke lokasi kejadian di Tapah oleh polis untuk membantu siasatan.

Tinjauan Astro Awani di lokasi rumah suspek yang juga bengkel di Jalan Pahang berdekatan Tol Tapah mendapati polis sedang menjalankan siasatan forensik bersama lebih 20 anggota selama lebih dua jam bermula 5.30 petang.

Wednesday, October 28, 2015

‘Panjang’ Berkelakuan Mencurigakan Sebelum Amuk

panjangamuk

MELBOURNE: Seorang lelaki tidak berbaju dikenali sebagai ‘Panjang’ mengepung restoran milik rakyat Malaysia, ‘Little Ipoh’ di Melbourne selama hampir dua jam pada Selasa, didakwa bersikap mencurigakan selepas datang tanpa wang untuk makan di premis itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh pemilik restoran, Raja Yasmin Raja Abdul kepada The Star dalam satu temuramah menerusi panggilan telefon, yang menyampaikan apa yang berlaku seperti diceritakan oleh suaminya dan pengurus restoran yang enggan dikenali.

Tuesday, October 27, 2015

Pembukaan Kellogg Malaysia Beri Impak Pulangan Ekonomi Kepada Negara


BANDAR ENSTEK, 27 OKT – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan kilang Kellogg Malaysia yang bernilai RM556 juta bertempat di Bandar Enstek, Nilai, hari ini.
Pembukaan kilang Kellogg Malaysia yang mengeluarkan snek Pringles ini mensasarkan pengeluaran di Asia Tenggara dan pasaran eksport ke Asia Pasifik, menjadikan ia sebagai hab pengeluar produk snek bersijil halal yang utama di peringkat global. Status halal ini diyakini akan memperkukuhkan lagi penerimaan pembeli di pasaran Asia Pasifik.

Apabila ketua cawangan yang meminta PM letak jawatan keliru.

1. Bertambah menarik : Dalam PC di mana seorang ketua cawangan dari Bahagian Telok Kemang dan ketua penerangan salah satu cawangan bagi  menafikan tuntutan mereka agar  PM meletak jawatan, (saya ada video ini yg saya rakam). 

2.Kata Ketua cawangan berkenaan, tujuan asal mereka membuat tuntutan bukan lah  untuk menunutut  PM meletak jawatan tetapi adalah untuk menyampaikan hasrat akar umbi yang mahu rakyat dan pemimpin dan akur dengan titah Raja Raja untuk menyiasat 1MDB. tetapi tiba tiba bertukar menjadi menuntut PM letak jawatan oleh jurucakap.

Sunday, October 25, 2015

Peruntukan lebih untuk Sarawak bukan kerana pilihan raya - TPM


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa peruntukan bagi Sarawak dalam Bajet 2016 adalah demi memenangi pilihan raya negeri yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Beliau berkata soal membeli undi tidak sepatutnya timbul kerana apa jua peruntukan dalam bajet untuk Sarawak adalah kerana kerajaan persekutuan sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat negeri itu mendapat faedah dan perkhidmatan yang baik.

Bila Bersuara, Maka Dialah Yang Paling ‘Berani’ Dan ‘Benar-Benar Belaka’?

Apakah kenyataan TSYM di Johor Baharu baru baru ini membayangkan  beliau kecewa dengan pemecatan yang berlaku ke atas dirinya dan beliau sebenarnya tidak menyangka bahawa DS Najib berani melakukan ini terhadap diri nya.

Jelas apa yang dapat kita huraikan apa yang diluahkan oleh TSMY mempotreykan dirinya sebagai seorang insan yang sempurna dan tiada cacat celanya dan seharusnya dia lah di angkat untuk mengambil alih tempat DS Najib Tun Razak selaku PM.

Mungkin  TSYM telah merasakan bahawa dirinya kini sudah mula dilupai. Itulah sebab TSMY  mula mencari simpati dan memohonnagar duia tidak dilupakan dengan cerita cerita hebat hebat.
baca seterusnya di sini.  

Bila Bersuara, Maka Dialah Yang Paling ‘Berani’ Dan ‘Benar-Benar Belaka’?

Muhyiddin lupa sejarah, Najib dahulu tidak khianat pada PM - Salleh

Tan Sri Muhyddin Yassin tak perlu lah  mengubah sejarah hanya kerana mahu membuktikan kepada rakyat bahawa dia sebenarnya tidak bersalah. Rakyat  sebenarnya tahu menilai sejarah kerana ianya berlaku tak sampai pun sedekad lagi, baru sangat sejarah ini dinukilkan.

 Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said berkata Najib enggan mengkhianati Abdullah walaupun dipujuk Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Datuk Seri Najib Razak sentiasa setia kepada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau menjadi timbalannya dahulu.

klik disini untuk berita seterusnya.

Friday, October 23, 2015

Ulasan Pembentangan Bajet 2016

Oleh: 
YAB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN
Menteri Besar Negeri Sembilan
PEMBENTANGAN Bajet 2016 menepati hasrat kerajaan ke arah untuk mensejahterakan rakyat. Ini jelas apabila Bajet 2016 ini mensasarkan kepada semua peringkat dan golongan rakyat mendapat manfaatnya dalam pelbagai kemudahan dan bantuan yg diberikan.
Walaupun dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu ketika ini, kerajaan mampu membuktikan yang kebajikan rakyat masih diberikan keutamaan di samping menguruskan negara dgn lebih baik.
Sesungguhnya Malaysia tidak pernah gagal dan tidak pernah bankrap dlm mengurustakbir negara ketika dunia sedang berhadapan dengan pelbagai masalah yang sedikit sebanyak tempiasnya agak memberi kesan kepada kita.
Menyentuh mengenai MVV dalam Pembentangan Bajet 2016 dengan menyediakan pelaburan permulaan sebanyak 5 billion, ia secara tidak langsung akan merancakkan lagi sektor perindustrian dan ekonomi Negeri Sembilan.
Kemasukan pelaburan asing dlm pembangunan ini akan turut membuka luas peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.
Dalam masa yang sama, Negeri Sembilan sendiri akan terus membangun dgn menyediakan pelbagai kemudahan insfrastrukturnya dan prasarana termasuk dari segi sistem perhubungan dan komunikasinya.
Sekian.

Thursday, October 22, 2015

Seremban Sedia Diisytihar ‘Bandaraya’

Majlis Perbandaran Seremban (MPS) terus berkembang maju ke arah sebuah bandaraya dari sebuah pekan yang berkeluasan 31km persegi kepada sebuah perbandaran yang indah dengan keluasan 951.9km persegi apabila bergabung dengan Majlis Perbandaran Nilai (MPN).

Pada 2012, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan mengumumkan bahawa cadangan untuk menggabungkan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) yang keduanya terletak dalam daerah Seremban bagi membentuk satu pihak berkuasa tempatan baru berstatus Majlis Bandaraya telah mendapat kelulusan dari Kerajaan Persekutuan.

Sesungguhnya aku merindui mu..........






Ayahanda dan bonda ku.

Kita tidak lagi berbicara , kita tidak lagi tersenyum dan ketawa.
namun kenangan terhadap mu selalu bermain di hati dan jiwa aku.

Rakyat tak perlu Emosi - TPPA Tidak membebankan MB NS

SEREMBAN, 22 OKT – Rakyat tidak perlu takut dengan The Trans-Pasific Partnership Agreement (TPPA) kerana ia bukan satu sistem yang membebankan dan menyusahkan rakyat.
Hal ini dijelaskan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan ketika berucap di Majlis Makan Malam Tahunan Persekutuan Pekilang-Pekilang Negeri Sembilan (FMM Negeri Sembilan) di Klana Resort, Seremban, semalam.
Ujarnya, “TPPA adalah satu kelebihan jika negara ini menganggotainya. Tidak perlu khuatir. Sebagai negara yang kecil dan tidak mempunyai ekonomi domestik yang besar, ini satu peluang.”

Teriring Doa

Sebaik tiba di Hospital Sultanah Aminah Johor Baharu pada jam 3 ptg aku terus ke tingkat dua  wad  ICU Selatan dan aku melihat dengan tenang sekujur tubuh yang terbaring tidak lagi bergerak. 

Keadaannya sungguh kritikal, kata abang sepupu aku, bapa kepada anak buah ku yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kempas Johor tengah hari semalam. Otak nya tidak lagi berfungsi akibat dentuman yang kuat apabila motorsikal anak buah ku yang telah bertembung dengan sebuah trailler.

Shukur yang bekerja di Singapura terlibat dalam kemalangan ini ketika dalam perjalanan pulang dari kerja.

Increase Collaboration With Non-Islamic Countries To Tackle Islamophobia - Zahid

KUALA LUMPUR, Oct 22 (Bernama) -- Malaysia today called on Islamic nations to be proactive in tackling the problem of Islamophobia faced by the world currently.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said at the same time, Islamic nations should increase cooperation with non-Islamic nations to correct the latter's misperception of Islam.

Monday, October 19, 2015

Dua Ahli Parlimen Diarah Keluar Dewan Rakyat, Perangai Macam Budak Bodoh

KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen pembangkang di arah keluar daripada persidangan Dewan Rakyat di sini, sebentar tadi. 

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng diarah meninggalkan persidangan berkenaan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana mempertikaikan keputusan dan arahan beliau. 

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo turut menerima nasib sama selepas mempertikaikan kejujuran dan integriti Speaker.

Monday, October 12, 2015

MENYEMAK DAN MENAIKKAN HARGA TOL, KENAPA?

DARI semasa ke semasa semakan bagi kenaikan harga tol dilakukan kerajaan. Soalnya mengapa perlu disemak dan apakah yang akan berlaku sekiranya kerajaan tidak menyemak dan menaikkan harga tol dalam sela masa yang ditetapkan?
Sewaktu kerajaan menganugerahkan konsesi sesebuah lebuhraya kepada syarikat konsesi, terdapat beberapa perkara yang dibincangkan oleh wakil Majlis Ekonomi dengan syarikat konsesi.

‘SITUASI MENANG-MENANG’ DALAM KENAIKAN HARGA TOL


Sebaik sahaja kerajaan mengumumkan kenaikan harga tol yang bakal berkuatkuasa pada 15 Oktober 2015, berbagai-bagai persepsi dan tohmahan negatif yang diterima. Mereka kata minyak naik, tol pun nak naik dan paling tidak enak, pertanyaan ‘pedih’ tak cukup lagikah wang GST?
Sementelah ada yang mengutuk keras pengundi kerajaan Barisan Nasional dengan menyelar mereka bodoh kerana mengundi kerajaan.

Saturday, October 10, 2015

Salleh jawab kritikan Tun Mahathir bahawa Malaysia negara pariah.


Kerajaan tidak bertindak sesuka hati, jawab Salleh terhadap kenyataan Tun Mahathir
Kerajaan tidak bertindak sesuka hati untuk menahan atau mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu tanpa asas yang kukuh, tegas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Justeru, beliau berkata sebarang penahanan dibuat mengikut peraturan sedia ada dan dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tidak berasas sama sekali memandangkan sebarang penahanan yang dibuat itu bukan bermotifkan politik semata-mata.

Saturday, September 19, 2015

Khairuddin Rancang Lari Dengan Jet Peribadi?

Dalam Facebook beliau, Khairuddin Abu Hassan mengadu bahawa Jabatan Imigresen telah mengharamkan beliau dan peguamnya, Matthias Chang, daripada meninggalkan negara ini. Khairuddin berkata, mereka telah membeli tiket untuk ke London tetapi kini beliau tidak boleh meninggalkan negara ini. Beliau sepatutnya telah bertolak pada jam 10.30 pagi jumaat.

Friday, September 11, 2015

5 Cedera 1 Patah Kaki- Tabung Haji

MAKKAH- Tabung Haji melalui satu sidang media sebentar tadi mengesahkan telah mendapat maklumat berkenaan jemaah Malaysia di Makkah.

Wakil Tabung Haji telah dikerahkan ke tempat kejadian , hospital dan maktab dan telah mendapat maklumat bahawa 6 orang jemaah Malaysia terlibat.

Salah seorang jemaah berkenaan patah kaki, manakala 5 yang lain cedera terkena serpihan dikawasan terlibat.

Kejadian jam 5 Petang waktu tempatan itu, berpunca dari ribut pasir dan juga hujan lebat .

Sementara itu, pasukan perubatan Tabung Haji telah dikerah untuk memberi rawatan dan pemeriksaan di kawasan yang terlibat dan mereka turut ditempatkan dihospital-hospital berdekatan bagi mengenal pasti jika ada lagi jemaah Malaysia yang terlibat.

Sebarang perkembangan akan dimaklumkan oleh Tabung Haji dari masa kesemasa.








Siasat individu 
bocor prosiding PAC

Pihak berkuasa perlu menyiasat individu yang membocorkan transkrip prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) jika apa yang dikhuatiri oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengenai kebocoran maklumat adalah berasas.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Mohd. Salleh Said Keruak berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada masa yang sama juga akan mengambil tindakan ke atas The Wall Street Journal (WSJ) sekiranya portal berkenaan disahkan menghasilkan laporan tidak sahih.

Thursday, September 10, 2015

Raja Petra Dedah Pengakuan Muhyiddin Dalam Mesyuarat MT UMNO

Muhyiddin Yassin


Ramai yang menjangkakan Timbalan Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin UMNO akan dipecat semalam. Itulah antara khabar angin yang tersebar dan dimainkan oleh media beberapa hari lalu.

Menurut akhbar The Star:

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal mengekalkan jawatan mereka dalam Umno, menamatkan spekulasi bahawa mereka akan dipecat susulan penyingkiran dari Kabinet, dua bulan lalu.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedua-dua Timbalan Presiden Muhyiddin dan Naib Presiden Shafie menyatakan komitmen sepenuhnya kepada parti dan beliau menghargai kehadiran mereka pada mesyuarat Majlis Tertinggi, pada Rabu.

“Mesyuarat itu berlangsung dalam suasana yang menyenangkan dan semua orang menunjukkan semangat setiakawan. Kedua-duanya juga meluahkan kesetiaan kepada parti dan akan memastikan ia akan menang pada pilihan raya umum akan datang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Najib juga memaklumkan mesyuarat selama empat jam itu turut menyentuh mengenai isu 1Malaysia Development Berhad, di mana kerajaan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikannya.

“Kita telah meminta masa selama enam bulan untuk pelan rasionalisasi 1MDB, dalam usaha ia mengurangkan hutangnya. Setakat ini kita telah menerima tawaran yang menggalakkan tetapi saya tidak boleh menyebutnya, kerana ia masih dalam proses. Sebaik tamat, saya akan membuat pengumuman rasmi,” katanya.

Apa yang tidak dilaporkan oleh The Star adalah Muhyiddin memaklumkan kepada Majlis Tertinggi Umno bahawa beliau menyedari mengenai konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Tun Razak namun beliau tidak terlibat atau menjadi sebahagian daripada konspirasi berkenaan.

Dari satu segi, Muhyiddin mengesahkan apa yang dinafikan beberapa bulan lepas – terdapat konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Dan konspirasi ini melibatkan beberapa agensi atau individu dari beberapa agensi, seperti SPRM, AGC, BNM, PDRM dan lain-lain.

Dalam pada itu, KPN telah mengumumkan bahawa PDRM telah melancarkan siasatan terhadap konspirasi untuk menumbangkan kerajaan. Ia disiasat bukan hanya konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri tetapi juga konspirasi untuk menumbangkan seluruh kerajaan.

Apa yang menariknya ialah Muhyiddin mengakui beliau menyedari mengenai konspirasi ini, beliau tidak menjelaskan kenapa beliau berdiam dan tidak membawa perkara ini kepada perhatian Perdana Menteri memandangkan nombor dua sepatutnya melindungi nombor satu.

Ia sama seperti pengawal keselamatan di sebuah bank memberitahu polis bahawa dia menyedari mengenai rompakan akan berlaku tetapi tidak terlibat dalam rompakan itu – dia tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan rompakan tersebut.

Apakah sebabnya Muhyiddin mengunci mulut? Adakah mereka mengugutnya jika beliau mendedahkan konspirasi itu, maka beliau juga akan digulingkan? Atau adakah beliau dijanjikan akan mendapat manfaat dengan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya konspirasi itu berjaya.

Bagaimanapun, jika mereka meneruskan rancangan untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen bulan depan, jawapan kepada persoalan itu akan terjawab. Jika Muhyiddin enggan menyertai undi berkenaan maka beliau semestinya tidak terlibat, atau menjadi sebahagian daripada konspirasi tersebut. Tetapi jika beliau menyertainya, maka Muhyiddin bersama dengan kumpulan anti-Najib.

The Wall Street Journal telah menerbitkan satu lagi artikel mengenai 1MDB berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada PAC. Ia menunjukkan bahawa seseorang dalam PAC menjual maklumat kepada Wall Street Journal untuk jumlah yang banyak, tetapi ia masih belum ditentukan lagi.

Sudah tentu suspek utama adalah Tony Pua, dari DAP. Tidak syak lagi ia masih hanya syak wasangka dan polis memanggilnya untuk merakamkan keterangan. Tetapi di Malaysia, anda dianggap bersalah kecuali anda dapat membuktikan anda tidak bersalah. Malah Perdana Menteri sendiri tertakluk kepada standard pengadilan di Malaysia.

Maka sehingga atau kecuali Tony Pua boleh membuktikan bukan beliau yang menjual maklumat sulit PAC kepada Wall Street Journal maka kita boleh menganggap beliau sebagai bangsat yang menggunakan kedudukan dalam PAC untuk membuat wang. Inilah bagaimana sistem keadilan di Malaysia berfungsi walaupun bagi Perdana Menteri. – Raja Petra Kamarudin.

Thursday, August 13, 2015

Zhia Medina cucu sulung ku !!

    Hari pertama
                                                                 
Hari ketiga , bersiap untuk balik rumah atok
                                               \
11 - 08 2015/
Alhamdullilah , syukur nikmat kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan aku seorang cucu perempuan yang comel yang dilahirkan ketika Azan Maghrib sedang berkumandang . Hampir 9 jam anak ku di bilik bersalin Hospital Pusrawi .

Selamat datang cucu ku , nama sudah pun diberikan oleh ibu dan ayah nya. Zya Medina kini mewarnai dan menceriakan lagi keluarga ku. Semalam Zya kembali ke rumah ku dan sekian lama rumah ini tidak pernah mempunyai anak kecil , tentu sekali rumah ku akan disulami dengan tangisan manja Zhia dan senyuman kasih sayang ibu  bapanya ,emak saudara , bapa saudara , atok dan nenek.

Doa atok semoga Zya akan menjadi seorang cucu yang solih bijak dan cantik pekertinya dan mendengar kata ibu dan ayah.
 

blogger news

.

Blogroll

About

.