Friday, September 11, 2015

5 Cedera 1 Patah Kaki- Tabung Haji

MAKKAH- Tabung Haji melalui satu sidang media sebentar tadi mengesahkan telah mendapat maklumat berkenaan jemaah Malaysia di Makkah.

Wakil Tabung Haji telah dikerahkan ke tempat kejadian , hospital dan maktab dan telah mendapat maklumat bahawa 6 orang jemaah Malaysia terlibat.

Salah seorang jemaah berkenaan patah kaki, manakala 5 yang lain cedera terkena serpihan dikawasan terlibat.

Kejadian jam 5 Petang waktu tempatan itu, berpunca dari ribut pasir dan juga hujan lebat .

Sementara itu, pasukan perubatan Tabung Haji telah dikerah untuk memberi rawatan dan pemeriksaan di kawasan yang terlibat dan mereka turut ditempatkan dihospital-hospital berdekatan bagi mengenal pasti jika ada lagi jemaah Malaysia yang terlibat.

Sebarang perkembangan akan dimaklumkan oleh Tabung Haji dari masa kesemasa.








No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

blogger news

.

Blogroll

About

.