Thursday, October 22, 2015

Rakyat tak perlu Emosi - TPPA Tidak membebankan MB NS

SEREMBAN, 22 OKT – Rakyat tidak perlu takut dengan The Trans-Pasific Partnership Agreement (TPPA) kerana ia bukan satu sistem yang membebankan dan menyusahkan rakyat.
Hal ini dijelaskan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan ketika berucap di Majlis Makan Malam Tahunan Persekutuan Pekilang-Pekilang Negeri Sembilan (FMM Negeri Sembilan) di Klana Resort, Seremban, semalam.
Ujarnya, “TPPA adalah satu kelebihan jika negara ini menganggotainya. Tidak perlu khuatir. Sebagai negara yang kecil dan tidak mempunyai ekonomi domestik yang besar, ini satu peluang.”
“Kita sebenarnya dijemput sebagai negara anggota oleh negara yang menguasai ekonomi yang besar. Umpama melukut di tepi gantang, nak masuk atau tidak masuk tiada masalah,” katanya lagi.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Sri Mustapha Mohamed telah mendapat banyak maklumat dan pendedahan mengenainya dan kelebihannya banyak berpihak kepada negara. Jika negara tidak menganggotai TPPA, kita akan berhadapan dengan satu blok ekonomi besar. Di mana apabila memasuki pasaran mereka, kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan.
“Jangan terlalu emosional dengan perkara-perkara sebenarnya mendatangkan kebaikan,” ujar Menteri Besar.
Berkenaan dengan keadaan ekonomi dunia tidak menentu di Tanah Besar China misalnya, ketika ini mereka sedang menstruktur ekonomi negara mereka yang turut memberi kesan kepada pasaran ekonomi global.
Kesan dari itu, Malaysia seperti negara lain turut terlibat sama dan amat berhati-hati serta berwaspada menangani ekonomi dan kegiatan industri ketika ini.
Menteri Besar yakin dan percaya dengan kerjasama penggiat industri di negeri ini maka ia menjadi dorongan kepada pengamal industri supaya tenang dan berani dalam mendepani  cabaran sebegini. Keadaan ini  sehingga keadaan ekonomi global menjadi stabil semula.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mat Ali Haji Hasan; Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban/Nilai, Dato’ Haji Abdul Halim Haji Abdul Latif; Timbalan Pengerusi Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan Pengerusi FMM Negeri Sembilan, Dato’ Haji Mas’ut Abu Samah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

blogger news

.

Blogroll

About

.