Thursday, October 22, 2015

Teriring Doa

Sebaik tiba di Hospital Sultanah Aminah Johor Baharu pada jam 3 ptg aku terus ke tingkat dua  wad  ICU Selatan dan aku melihat dengan tenang sekujur tubuh yang terbaring tidak lagi bergerak. 

Keadaannya sungguh kritikal, kata abang sepupu aku, bapa kepada anak buah ku yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kempas Johor tengah hari semalam. Otak nya tidak lagi berfungsi akibat dentuman yang kuat apabila motorsikal anak buah ku yang telah bertembung dengan sebuah trailler.

Shukur yang bekerja di Singapura terlibat dalam kemalangan ini ketika dalam perjalanan pulang dari kerja.

Aku menghabiskan masa selama  4 jam di Johor Baharu dan terpaksa pulang juga malam itu kerana esok aku punya urusan. Aku bertolak dari Johor baharu  selepas menunaikan solat  Maghrib dan sampai ke  KL hampir jam 12.30 malam.

Esoknya aku menerus kerja walaupun jiwa aku tidak tenang dan sering teringat akan nasib anak buah aku namun aku tidak mahu menggangu mereka di Johor Baharu. Aku hanya menantikan apa saja berita mengenai situasi anak buah ku.

6.00 ptg  segala keresahan terhenti bertukar menjadi kesedihan apabila aku mendapat perkhabaran sedih bahawa anak buah aku telah kembali menghadapi Illahi. hanya aku mampu membacakan Inalillahiwainahirajiun.

Jenazah akan di bawa kembali dari Johor Baharu  ke Seremban malam ini dan akan dimandikan dan dikafankan di Seremban dan akan di sempurnakan di tanah perkuburan kampung ku, kampung Sega Hilir Rantau NS sebelum solat Jumaat esok.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

blogger news

.

Blogroll

About

.