Tuesday, November 3, 2015

Kes bunuh Tapah: Anak perempuan suspek bunuh 4 sekeluarga dibawa ke lokasi kejadian

IPOH: Seorang gadis dipercayai anak kepada suspek pembunuhan empat sekeluarga dibawa ke lokasi kejadian di Tapah oleh polis untuk membantu siasatan.

Tinjauan Astro Awani di lokasi rumah suspek yang juga bengkel di Jalan Pahang berdekatan Tol Tapah mendapati polis sedang menjalankan siasatan forensik bersama lebih 20 anggota selama lebih dua jam bermula 5.30 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC Goh Kok Liang, berkata polis tidak menahan anak perempuan suspek kerana tiada keterangan yang mengaitkannya dengan pembunuhan kejam tersebut.

Siasatan pihaknya setakat ini mendapati kes itu hanya membabitkan penglibatan pemilik bengkel dan anak lelakinya serta kemungkinan ahli keluarga suspek yang lain dan tidak membabitkan pihak luar.

Jelas Goh, jika wujud keterangan lain yang membabitkan mangsa lain dalam kes itu, pihaknya akan melakukan siasatan segera.

Dalam satu kenyataan yang baru dikeluarkan, siasatan berhubung insiden itu giat dilakukan sebelum kes dirujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan Perak untuk nasihat dan arahan lanjut sebaik siasatan selesai.

Semalam, Astro AWANI melaporkan polis telah berjaya menahan empat sekeluarga yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan sadis sekurang-kurangnya empat individu di sekitar daerah Tapah, baru-baru ini.
Kesemua suspek ditahan reman sehingga 6 November bagi membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

blogger news

.

Blogroll

About

.