Friday, October 23, 2015

Ulasan Pembentangan Bajet 2016

Oleh: 
YAB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN
Menteri Besar Negeri Sembilan
PEMBENTANGAN Bajet 2016 menepati hasrat kerajaan ke arah untuk mensejahterakan rakyat. Ini jelas apabila Bajet 2016 ini mensasarkan kepada semua peringkat dan golongan rakyat mendapat manfaatnya dalam pelbagai kemudahan dan bantuan yg diberikan.
Walaupun dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu ketika ini, kerajaan mampu membuktikan yang kebajikan rakyat masih diberikan keutamaan di samping menguruskan negara dgn lebih baik.
Sesungguhnya Malaysia tidak pernah gagal dan tidak pernah bankrap dlm mengurustakbir negara ketika dunia sedang berhadapan dengan pelbagai masalah yang sedikit sebanyak tempiasnya agak memberi kesan kepada kita.
Menyentuh mengenai MVV dalam Pembentangan Bajet 2016 dengan menyediakan pelaburan permulaan sebanyak 5 billion, ia secara tidak langsung akan merancakkan lagi sektor perindustrian dan ekonomi Negeri Sembilan.
Kemasukan pelaburan asing dlm pembangunan ini akan turut membuka luas peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.
Dalam masa yang sama, Negeri Sembilan sendiri akan terus membangun dgn menyediakan pelbagai kemudahan insfrastrukturnya dan prasarana termasuk dari segi sistem perhubungan dan komunikasinya.
Sekian.
 

blogger news

.

Blogroll

About

.