Wednesday, March 9, 2016

ANAK ADALAH AMANAH TERHADAP IBU BAPA

Sahabat, Bersyukur lah kita setelah  dianugerahkan satu amanah yang Allah kurniakan kepada kita. Amanah untuk membesarkan dan mencorakkan  cahaya mata, yang sentiasa menjadi penyejuk hati dikala kita gundah. 
Mencorakkan satu kehidupan yang baik dan mendidiknya menjadi anak yang berjaya menguasai Ilmu di dunia dan juga menjadi anak yang warak sememangnya  menjadi impian kita. Perkara yang baik baik ini perlu kita didik dengan penuh kesabaran dan mereka tidak boleh menjadi anak yang hebat secara instan.
InshaAllah, bila kita berjaya  membentuk perwatakan yang baik sejak awal dan ketika usianya beralih ke zaman  remaja dan dewasa, insyallah karakter-karakter  positif ini akan terus diamalkan terinternalisasi dengan baik dalam diri anak-anak kita.
Anak anak perlu dibiasakan dengan amaian amalan dan ibadah-ibadah agar menjadi kebiasaan dalam  rutin kehidupan mereka , seperti sholat, puasa dan bersedekah , bahkan menunaikan umrah, kepada anak-anak haruslah dengan pengkongsian yang sifatnya positif dan menyenangkan. 

Yang perlu kita ingat, ketika anak-anak kita masih berusia remaja , maka yang harus lebih kita tekankan adalah masalah teladan atau contoh kehidupan seharian ibu bapa untuk dicontohi oleh anak anak  Jadi, bila ayah atau ibu melakukan solat, solatlah ditempat yang boleh dilihat oleh anak-anak kita. Jika ayah atau ibu  membaca Al-Qur’an, bacalah dihadapan mereka suaya mereka terbiasa mendengarkan lantunan ayat-ayat  Allah Swt melalui suara kita.

Anak merupakan amanah  pemberian dari Allah Ta’ala. Ibu bapa harus berusaha mengarahkan anak agar sentiasa  menjaga  fithrahnya. Iaitu, menjaga  tauhid atau keislamannya.


Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda;


    كُلُّ مَوْ لُودٍ يُولَدُ عَلَى الفِطْرَة فَأبَوَاهُ  يُهَوِّدَانِهِ أَوْ  يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ

“Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan diatas fithrah (bertauhid). Maka, kedua orang tuanyalah yang menjadikan anak tersebut menjadi Yahudi, Nasrani, atau Majusi” (HR.Bukhori, no.1384 dan Muslim, no.2658, Hadits dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)



Pengertian fithrah adalah tahuhid, Seperti diungkapkan Asy-Syaikh Shalih bin Fauzan hafizhahullah, bahawa penetapan kerububiyahan Allah adalah bersifat fithrah. Pendidikan yang salah akan menyebabkan anak akan menjadi keliru . Oleh itu ibu bapa perlu menjaga agar fithrah itu tetap ada merupakan kewajiban ibu bapa  muslim. Inilah amanah terbesar yang harus ditunaikan para orang tua. 


Mengawal tauhid anak agar selamat, untuk hal ini ibu bapa dituntut berusaha membekali anak dengan pendidikan islam yang baik dan benar. Ditengahkepesatan dan kemordenan ini , adalah amat sukar mendidik anak kearah yang kita mahukan namun kita perlu  memohon kepada Allah Ta’ala, berdo’a dengan kesungguhan memperolihi seuatu yang baik.

Sahabat, didiklah anak dengan sebaik baiknya  yang sesuai dengan tuntunan syariat islam, karna kita sebagai ibu bapa wajib untuk membentuk prilaku anak yang sesuai ajaran agama islam.  - tb


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

blogger news

.

Blogroll

About

.