Friday, September 2, 2016

Catatan pagi sabtu : Kita cuba saja kalau dah bosan gemuk


Tak salah kalau kita sekadar mahu mencuba kerana ianya tidak lah menyiksakan untuk diet secara begini. 

Aku akan mencuba juga kerana aku sudah bosan kelihatan huduh dengan baju tidak boleh masuk ke dalam , jalan macam penguin. Ha ha ha...

Bukan apa   aku sudah biasa hidup segak sebelum ini , ha jangan marah...bukan aku cakap besarlah tapi itulah hakikatnya. 

Banyak baju aku beberapa almari yang tidak boleh aku pakai, ada yang belum berbuka dari plastik , tak sempat nak pakai.

-TALI SKIPPING
-AIR MINERAL 2 LITER SEHARI @ LEBIH
-GREEN TEA (jenama BOH pun boleh)
-FRUITS (saya syorkan apple hijau & watermelon)

-WAJIB MAKAN NASI SEHARI SEKALI (kuantiti yang skit) siapa kata diet tak perlu makan nasi? Ubah mindset anda sebab kita ni org asia wajib sangat k makan nasi.. Makan nasi untuk awet muda.. Tengok org dulu-dulu amalkan air cucian beras untuk cuci muka.. Sebab apa? Sebab nak kulit cantik kan? Apa lagi kalau makan? Makin la kulit cantik..

Lauk tu jangan campur-campur.. Lauk berpada-pada.. Ambik lauk protien & sayur ja.. Banyak sayur tak apa.. Makan nasi sehari sekali kalau lapar makan buah dan minum air.. Buah yang saya suggest epal hijau @ watermelon!
Makan berat SEHARI SEKALI.. Junkfood elakkan.. KFC buang kulit mkn isi k.. Malam jangan makan langsung!

– SARAPAN WAJIB .. banagun pagi jangan gosok gigi dulu terus minum air putih segelas.. Lepas tu bole makan roti sekeping @ biskut sebungkus @ meehoon n green tea jangan lupa.. 

Petang kalau lapar just makan buah minum air banyak!
-MINUM AIR BANYAK (elakkan manis-manis & bergas) MINUM GREEN TEA HARI-HARI.. Kalau nak buat detox pun boleh.. Ramuannya (green tea+air suam 2 liter+lemon setngah biji+halia sebesar ibu jari hiris nipis-nipis) minum sehari sampi habis..

-SKIPPING PENTING.. Ambil masa sehari 30minit-1jam untuk skipping.. Buat sekurang2nya 3@4 set sehari.. 1set=100kali lompat  .. Setiap hari buat sampi menjadi.. Tapi jangan la buat selama 3bulan 3@4set ja.. Setiap hari @ selang beberapa hari tambah dari 3 set naik 4 naik ke 5 naik ke 6 set & sehingga yang paling maksimum anda boleh buat.. 

Maksimum 20set.. Wajib naik kan k.. Tambah la dengan exercise yang lain seperti squat plank sit up, push up, jumping jack ke whatever.. Lompat bintang pun boleh..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

blogger news

.

Blogroll

About

.