Sunday, September 18, 2016

Malaysiakini Cuba Lagakan Pemimpin UMNO dengan PM


Bimbang dengan perubahan sokongan yang semakin jitu orang Melayu di Negeri Sembilan kepada kepimpinan YAB Menteri Besar dan kebencian  terhadap DAPig yang semakin hari semakin terbongkar penipuan mereka terhadap bangsa Melayu sehingga  portal pembangkang Malaysiakini cuba meracuni minda rakyat kononnya Najib akan menukarkan MB Negeri Sembilan atas alasan kesihatan Menteri Besar.


Berdasarkan laporan MB Negeri Sembilan dimasukkan ke hospital baru-baru ini, mereka jadikan modal untuk mendakwa beliau tidak sihat sedangkan MB Negeri Sembilan hanya diarahkan berehat kerana kemungkinan diberikan terlebih dos ubat Ulser yang membuat perutnya rasa tidak selesa. Walaubagaimana pun, doktor mengesahkan beliau boleh keluar hospital telah mendapat rehat secukupnya.

YAB Dato' Seri Haji Mohamad Haji Hasan adalah pemimpin yang kuat bekerja dan hampir setiap hari beliau akan berada di bawah untuk meninjau masalah rakyat dan beliau amat disenangi rakyat. Tidak perlu berkempen untuk memburuk-burukkan parti lawan, gerak kerja hariannya sudah cukup untuk menarik rakyat mengundi Barisan Nasional.

Hubungan MB Negeri Sembilan dengan PM amat akrab dan dan ini mungkin ‘merimaskan’ pembangkang kerana beliau adalah seorang pemimpin yang tegas dan berpotensi untuk pergi jauh dalam poltik tanah air.

Kerja jahat Malaysiakini menyebut namanya akan digugurkan oleh PM sebenarnya berniat jahat mahu menjatuhkan kredibilitinya. Bukan itu sahaja, ia juga jelas cuba melaga-lagakan penyokong YAB Dato' Seri Utama Mohamad Haji Hasan dengan PM agar nama Najib dibenci oleh rakyat Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

blogger news

.

Blogroll

About

.