Saturday, September 10, 2016

PPBM layu sebelum berkembang




Matlamat menubuhkan parti baharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) oleh Tun Mahathir Mohamad adalah kerana mereka tidak lagi mempunyai landasan untuk berpolitik apabila Tun Mahathir sendiri telah mengisytiharkan dirinya keluar parti dan Tan Sri Muhyiddin, Dato' Seri Shafie Apdal dan Dato' Seri Mukhriz dipecat dari UMNO.


Mereka memerlukan sebuah parti yang mana mereka menjadi tunjang kepada parti berkenaan. Ia membolehkan mereka terus berpolitik atau mereka perlu menyertai mana-mana parti lain.
Menyelamatkan Malaysia,  hanyalah satu alasan dan gimik untuk menarik serta menyokong parti yang baharu mereka tubuhkan. Namun gimik berkenaan tidak menampakkan kesungguhan slogan ini bagi merealisasikan keadaan sebenar.

Keharmonian dan kemewahan rakyat Malaysia boleh dilihat dan kerana ini ramai rakyat negara asing yang bermimpi untuk datang mencari rezeki di Malaysia yang mereka gambarkan sebagai syurga dunia.

Ramai yang terkorban di lautan dan di hutan belantara hanya kerana mengimpikan untuk sampai ke Malaysia dan mencari rezeki di bumi bertuah ini. Selain itu, parti ini juga lahir atas rasa dendam dan nafsu Tun Mahathir sendiri yang mahu menjatuhkan Najib Tun Razak serta mahu menumbangkan kerajaan BN kerana Tun gagal mempengaruhi UMNO untuk melaksanakan cita-cita besar-Nya.

Mahathir beralih arah dan terpaksa bersatu dengan pembangkang kerana gagal mendapat sokongan dari ahli dan pemimpin UMNO. Parti ini yang tidak mempunyai kekuatan sendiri dan terpaksa digabungkan dengan parti pembangkang yang lain untuk memperkasakannya bagi menyaingi BN yang masih kukuh di belakang kepimpinan Najib Tun Razak.

Tun ketika dalam UMNO Mahathir begitu lancang mengecam pemimpin-pemimpin pembangkang kini  terpaksa melutut menagih pertolongan mereka. Lebih teruk dan desperado, beliau terpaksa menagih nyawa dari orang yang pernah beliau penjarakan dan orang yang pernah beliau singkirkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan menjadi satu krisis  besar negara suatu ketika dahulu.

Dapatkah Mahathir menyatukan mereka seperti Barisan Nasional yang berdiri teguh di bawah satu bendera dan satu lambang seperti yang disuarakan oleh Mahathir sebaik parti PPBM didaftarkan? Katanya, jika gabungan pembangkang mahu menewaskan BN, mereka perlu bersatu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

blogger news

.

Blogroll

About

.