Monday, September 19, 2016

Sampai bila parti pembangkang mahu bergantung pada DAP

17 Dzulhijjah 1437H
Isnin 10.00p.m.

Selama lebih kurang 17 tahun (1998-2015), DAP berjaya memperalatkan PAS untuk memecahbelahkan orang-orang Melayu di Malaysia dan pada akhirnya mereka (DAP) berjaya menguasai Pulau Pinang, memperolehi majoriti kerusi Parlimen serta menguasai pentadbiran ke atas kerajaan Selangor.

Sehingga kini, nyawa DAP dalam politik Malaysia nyaris berkubur dan diyakini sedang nazak menjelang PRU 14 bila 74% rakyat Malaysia mula menolak politik ultra perkauman dan kebencian amalan DAP.

Meski pun ada di kalangan pemerhati dan penganalis politik berpendapat bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamed sedang menjilat kembali ludahnya apabila bersekongkol dengan DAP dan Anwar Ibrahim, hakikat yang perlu kita sedari adalah kerjasama mereka seumpama mati hidup semula bagi DAP (sejak berkuburnya Pakatan Rakyat).

Ternyata, nyawa DAP terletak di tangan para pemimpin Melayu yang berpecah belah, bukannya pada idealisme parti serta ketokohan para pemimpin mereka.

Persoalannya di sini, apakah para pemimpin Melayu PKR, PAN dan PPBM tidak boleh hidup tanpa DAP sebagaimana PAS dan UMNO?

Waima, di dalam Barisan Nasional sekali pun sudah ada kedengaran di kalangan para pemimpin, pengikut dan penyokong UMNO yang tidak mengharapkan kehadiran parti MCA dan GERAKAN sekiranya pendirian kedua-dua parti dominasi Cina tersebut tidak selari atau tidak berpihak kepada dan/atau menguntungkan agama Islam, orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Sampai bila para pemimpin Melayu pakatan pembangkang mahu mengharapkan nyawa bekerjasama dengan DAP?

*Zamzuri Mohamed Tahir*

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

blogger news

.

Blogroll

About

.