Friday, September 23, 2016

Siapa Pemain Di Sebalik Analisis Empat Menteri Besar yang kononnya ditukarkan..?

Cerita tukar MB ini sudah basi , setiap kali pilihanraya beginilah ceritanya, malah ianya timbul sejak saya mula terajui Negeri Sembilan pada tahun 2004 , kata YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, menteri besar Negeri Sembilan dalam satu sidang media di Wisma Negeri.


Menurut Menteri Besar, kesihatannya bukan masalah, dia hanya masuk ke hospital selama  empat hari untuk berihat kerana kemungkinan telah diberikan ubat ulser yang terlebih dost oleh doktor sebuah klinik swasta. Beliau telah dibenarkan pulang dan disahkan sihat oleh pakar perubatan di IJN empat hari kemudian.

Sambil  berseloroh beliau berkata, kereta F1 juga masuk Pit Stop ini kan kita manusia, saya masuk Pit Stop sekejap saja. Beliau yang ditanya oleh pemberita berikut satu laporan  analisis yang dibuat oleh sebuah akhbar mengenai jangkaan empat menteri besar akan ditukarkan menjelang Pru14.

Sementara itu di Terengganu Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman berkata spekulasi mengenai pertukaran empat menteri besar sebelum pilihan raya umum akan datang, disebarkan pihak yang mahu menimbulkan konflik sesama ahli Umno.

Persoalan Penulis.  

1.Tidak mungkin sebuah akhbar membuat analisis sebegini lemah dengan fakta yang begitu rapuh dengan hanya mengambilkan fakta MB Negeri Sembilan masuk hospital hanya empat hari dan dikatakan MB tidak sihat untuk memegang jawatan sekiranya tidak ada dalang disebalik analisis ini.

2. Ada juga pemberita sebuah akhbar pro UMNO yang menyelewengkan laporan dengan mengambil kira fakta yang mereka perolohi hanya dari halaman blog.

3. Apakah ada mana mana pihak yang rapat  dengan pemberita The Star ini dan juga portal pro pembangkang yang cuba mencetuskan keadaan yang tidak selesa ini ..?

4. Kalau benat siapakah pihak ini yang dikatakan baik dengan wartawan The Star dan portal pro pembangkang?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

blogger news

.

Blogroll

About

.