Friday, December 2, 2016

Najib salah pilih Tun Mahathir - Ku li


KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya semalam menjustifikasikan keputusannya memihak kepada Dr Mahathir dan Team A semasa pemilihan Presiden tahun 1987 adalah semata-mata kerana berpegang kepada prinsip wala dan tuntutan kesetiaan kepada seorang presiden parti walaupun secara peribadinya, beliau sangat akrab dengan Razaleigh.


“Hinggakan Tengku Razaleigh ketika itu berkecil hati dengan saya atas keputusan saya dan pasukan yang memihak kepada Dr Mahathir,” tambahnya dengan menegaskan akan kekal menghormati Tengku Razaleigh selama-lamanya.

Ketua UMNO Gua Musang itu ketika diminta mengulas sejarah hampir 30 tahun lalu menjelaskan beliau tidak berkecil hati apabila Najib tidak memihak kepadanya semasa pertembungan Team A dan Team B dalam Pemilihan UMNO 1987.

Tambahnya lagi, sebagai sebuah negara dan parti yang mengamalkan demokrasi, setiap orang berhak menentukan sesiapa yang mereka sukai dan siapa yang layak memimpin mereka.

“Saya tidak berkecil hati de­ngan Najib kerana tidak mahu ikut saya kerana saya tahu beliau seorang yang setia kepada parti pada masa itu, cuma saya rasa beliau buat pilihan silap dengan menyokong Dr Mahathir,” ulasnya.

Razaleigh kemudian turut memuji Najib sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar, tidak berdendam dan berani berjuang dalam UMNO meskipun terdapat serangan daripada pelbagai pihak termasuk daripada bekas presiden yang paling berpengaruh.

Dalam pada itu, Razaleigh menyatakan sokongan agar wajah-wajah baru diperkenalkan dan orang-orang lama memberikan laluan untuk peralihan kepimpinan bermula dari peringkat akar umbi.

“Saya sendiri sudah umumkan akan bersara tidak lama lagi tetapi Dr Mahathir kini sudah membawa arus politik yang lain jadi saya tidak boleh komen dengan lebih lanjut tentang penglibatan beliau dengan pembangkang dan apa cita-citanya,” katanya mengulas kemunculan semula Mahathir dalam arena politik.

MysuaraNet

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

blogger news

.

Blogroll

About

.