Saturday, September 10, 2016

Detik Manis Lagu Negaraku Berkumandang Di Rio



Buat pertama kali dalam sejarah, lagu Negaraku berkumandang di bumi Brazil apabila dua atlet negara menyumbangkan pingat emas pada Paralimpik Rio, dengan satu daripadanya mencatat rekod baharu dunia.
Pingat emas pertama disumbangkan oleh Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi pada Sabtu di Rio de Janeiro, (Ahad di sini) dalam acara 100m T36 (celebral palsy) dan disusuli, pingat emas kedua diraih Muhammad Ziyad Zolkefli dengan rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).

Usaha Azmin perkukuh kedudukan


Pertemuan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan bekas seterunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini disifatkan sebagai usaha yang diaturkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi mengukuhkan kedudukannya di dalam parti.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, semua sedia maklum, Mohamad Azmin kini sedang menghadapi pertarungan dalaman melibatkan beberapa kumpulan di dalam PKR.

Majlis Doa selamat dan tahlil di kediaman Dato' Ab Ghani

Semalam, aku meluangkan masa ke Seremban untuk menunaikan hajat seorang sahabat yang mengadakan majlis tahlil dan doa selamat.

Majls tahlil buat Arwah Ayah dan BondaNya,  memohon kesejahteraan buat kedua dua arwah dan doa selamat memohon kepada Allah SWT memberikan pelindung kepada Anakanda Ybg. Dato Abdul Ghani agar  selamat melanjutkan pelajaran di luar negara .semoga berjaya dan mencapai kejayaan yang cemerlang.

PPBM layu sebelum berkembang




Matlamat menubuhkan parti baharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) oleh Tun Mahathir Mohamad adalah kerana mereka tidak lagi mempunyai landasan untuk berpolitik apabila Tun Mahathir sendiri telah mengisytiharkan dirinya keluar parti dan Tan Sri Muhyiddin, Dato' Seri Shafie Apdal dan Dato' Seri Mukhriz dipecat dari UMNO.

 

blogger news

.

Blogroll

About

.