Friday, April 7, 2017

Seremban Tidak Perlu Tergesa-Gesa Diisytihar 'Bandaraya'


Dalam hal mengisytiharkan Seremban sebagai sebuah ‘Bandaraya’ ia bukanlah perkara yang perlu dilakukan secara tergesa-gesa.

Kerajaan Negeri Sembilan menerusi Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan merupakan seorang yang amat berwibawa dan memandang jauh soal untuk mensejahterakan rakyat. Beliau tidak mahu melakukan sesuatu tindakan umpama ‘Menang Sorak Kampung Tergadai’, ingin mendapat nama tetapi kesejahteraan rakyat tidak tercapai disebabkan banyak perkara-perkara penting tidak disediakan terlebih dahulu.


Bagi menjadikan Seremban sebagai sebuah bandaraya, perkara yang perlu dilakukan ialah percantuman di antara Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dengan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dan ia memerlukan penyelarasan terhadap sistem-sistem yang digunakan.

Perlu dilakukan penyelarasan terhadap cukai pintu dan lain-lain cukai berkaitan terlebih dahulu di kedua-dua kawasan.

Antara lain, dalam syarat-syarat pembangunan Seremban dan Nilai juga terdapat perbezaan. Untuk menyelaraskannya memerlukan sebuah sistem yang bersepadu.

“Jadi janganlah tergesa-gesa membuat  sesuatu. Jangan kita buat sesuatu kerana kita hendak bermegah-megah tetapi longkangnya entah ke mana, banjirnya entah ke mana dan sistem pengangkutan awamnya entah ke mana,” ujar Menteri Besar.

Menteri Besar mengakui bahawa masa yang panjang diambil bagi menyatukan kedua-dua sistem yang amat kompleks termasuklah usaha untuk menyelaraskan sistem cukai pintu yang tidak sama di kedua-dua majlis.

Memang Kerajaan Negeri boleh mengisytiharkan Seremban sebagai sebuah bandar raya, dan mencantumkan kedua-dua majlis perbandarannya dengan segera tetapi ia akan mendatangkan banyak kesan  yang tidak baik kepada masyarakat dan negeri.

“Kita hendak buat sesuatu yang umpama menarik rambut dalam tepung. Rambut jangan putus, tepung jangan kena muka,” ujarnya.

Oleh : TeamN9kini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

blogger news

.

Blogroll

About

.