Wednesday, May 31, 2017

50 Peratus Tapak Bazar Ramadan Akan Dibuka Secara Cabutan Undi

WISMA NEGERI, 31 MEI - Bermula tahun hadapan sebanyak 50 peratus pengagihan lot-lot tapak bazar Ramadan akan dibuka kepada awam secara cabutan undi, manakala 50 peratus lagi akan diberikan kepada pertubuhan-pertubuhan seperti koperasi dan persatuan penduduk.

Menteri Besar berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri, hari ini.


Menurut beliau, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Sembilan telah diminta untuk mengkaji semua dasar pengagihan lot-lot bazar Ramadan bagi memastikan tapak bazar Ramadan tidak disewakan dengan harga yang melampau.

“Saya sudah minta PBT-PBT mengkaji semula semua dasar kita punya bazar Ramadan. Ada yang kenakan caj sampai RM5,000 sampai RM8,000.

“Saya juga tengah mengkaji, apakah model bisnes yang boleh diterima pakai kerana hasrat untuk menolong koperasi tidak sampai. Jadi macam mana kita hendak menggalakkan makanan turun harga jika peniaga membayar sewa sehingga RM8,000?” Soalnya.

Menteri Besar turut melahirkan rasa kecewa kerana hasrat untuk membantu tidak kesampaian, sebaliknya dijadikan sebagai musim untuk mengaut keuntungan melampau.

“Biar buat cabutan undi dan saya harap agar orang yang berjaya dalam undian, tidak pula menyewakannya kepada orang lain,” katanya mengakhiri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

blogger news

.

Blogroll

About

.