Friday, August 4, 2017

Sayangkah Mahathir kepada Melayu???


Sayangkah Mahathir kepada Melayu atau kerana kebetulan Melayu hanyalah satu warisan  bangsa yang boleh memartabatkan sesorang itu ke tampuk kuasa dan lubuk harta di tanah bernama Malaysia ?

Apakah beliau benar sayangkan kepada Melayu atau mempergunakan bangsa ini untuk kuasa.

Beliau pernah dipecat dan telah keluar masuk beberapa kali dqlm pengelibatan beliau dalam UMNO parti Melayu yang terbesar. Parti yang memperjuangkan bangsa dan agama tanpa rasa sebarang keinsafan dan penyesalan?

Parti keramat inilah beliau menimati kemewahan dan berada ditampuk kuasa selama 22 tahun. Hasil kuasa parti ini jugalah anak anak beliau menjadi jutawan dan kaya raya.

Kini parti keramat orang-orang Melayu ini dimusuhinya dan seolah-olah tanpa belas mahu dilenyapkan dari bumi Melayu ini kerana dendam peribadinya.

UMNO tidak bersalah pada beliau. Ahli UMNO juga tidak bersalah .Tiap kali dia keluar UMNO adalah kerana dendamnya terhadap pemimpin yang menerajui UMNO kerana enggan tunduk dan bersekongkol caranya.

MAHATHIR meninggalkan pengikutnya tanpa berbincang dan tanpa merujuk.

Apakah kesalahan jutaan ahli UMNO kepada Mahathir? Hingga kini mereka dicerca, dihina dan disamakan macam binatang memakan dedak hanya kerana krisis beliau dengan Najib.

MAHATHIR tak boleh memaksa ahli.UMNO untuk menyokong caranya atau mengikut kehendaknya kerana  mereka punya pemikiran sendiri untuk menyelamatkan bangsa mereka, agama mereka.

Jangan kerana mereka tidak mahu mengikutnya kami dikaitkan dalam persengketaannya dengan Najib.

Mereka rakyat Malaysia ahli UMNO... mereka akur kepada kepimpinan negara dan parti seperti mereka pernah akur dan taat kepada beliau suatu ketika dahulu.

Ramai yang sebelum ini tidak mahu mencampuri krisis Mahathir dengan Najib tetapi nampak Najib lebih gentleman dalam menangani krisis ini walau ditohmah dan dicerca oleh Mahathir.

Apabila Mahathir nampak keterlaluan, seolah-olah tiada lagi garis panduan dalam kehidupan RAKYAT YANG DAHULU DI ATAS PAGAR MULA SIMPATI KEPADA NAJIB.

Tapi Tun tetap terus tidak peduli hati dan perasaan siapa saja. Nampak sangat dia terdesak dan terus melakukan banyak kesilapan. Seolah-olah beliau kini berjauhan diliku-liku yang salah pada penghujung usianya ini.

Penulis tak berani nak cakap apakah ini sememangnya pengajaran dari Allah SWT kepada kita semua... Kita tunggu dan lihat dan aku akan terus menulis jika punya masa, kesihatan dan usia.
 

blogger news

.

Blogroll

About

.